+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

LAWATAN PELAJAR TAHUN 1 (SCSP1513) SEKOLAH KOMPUTERAN

LAWATAN PELAJAR TAHUN 1 (SCSP1513) SEKOLAH KOMPUTERAN

 

Pada 24 September 2018 (Isnin), seramai 321 pelajar tahun satu kursus Teknologi dan Sistem Maklumat (SCSP1513), Sekolah Komputeran telah mengadakan lawatan sambil belajar ke CICT, UTM Johor Bahru

 

Lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti pengajaran dan pengajaran (T&L) di bawah pendekatan NALI (New Academia Learning  Innovation) dan CICT UTM dipilih sebagai salah satu organisasi yang harus dilawati oleh para pelajar berikutan peranan penting yang dimainkan oleh CICT kepada UTM dan pencapaian memberansangkan yang telah dicapai oleh CICT sehingga hari ini.

 

Sekolah Komputeran telah mengadakan sesi lawatan ini sebanyak 3 siri lawatan berkumpulan seperti ditunjukkan di dalam Jadual 1 dibawah.

 

Jadual 1: Jadual seksyen dan lawatan

Masa Seksyen Bilangan Pelajar Pensyarah
11.00 pagi – 1.00 tgh 01,02,03 86 Dr Haslina Hashim (30)

Dr Aryati Bakri (28)

Dr Sharin Hazlin Husp (28)

2.00 petang – 4.00 petang 07,08,09 102 En Hairudin Abd Majid (32)

Dr Azurah Abd Samah (31)

Dr Aryati Bakri (40)

4.00 petang – 6.00 petang 04,05,06 133 Dr Shahliza Abd Halim (45)

Dr Azizah Saadon (47)

Dr Nor Bahiah bte Hj Ahmad (41)

 

Mereka telah dibawa melawat ke Gallerium CICT, Security dan Data Center CICT, Student Multimedia and Content Authoring Production Lab (S.M.A.L), Universiti Teknologi Malaysia dan telah diberi taklimat ringkas oleh Pegawai IT, Encik Mohd Zahari bin Zainal Abidin.    Program lawatan berakhir pada jam 6.00 petang setelah selesai sesi bergambar.

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA CICT – 30 OGOS 2018.

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA CICT

 

Seluruh warga CICT dan pelajar praktikal CICT telah sama-sama menjayakan program Gotong Royong Perdana CICT sebagaimana yang dihasratkan oleh Pengurusan CICT & Universiti pada 30 Ogos 2018 (Khamis).  Program bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan pembahagian setiap bahagian telah ditempatkan mengikut lokasi zon/aras.

Kehadiran staf CICT, UTM dalam program ini dikira sebagai kredit mata CPD dan akan direkodkan ke dalam UTMSMile.

 

 

 

 

UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA TEAM SUKAN CICT

UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA TEAM SUKAN CICT

TAHNIAH dan SYABAS kepada team sukan CICT (lelaki dan wanita) kerana telah berjaya membawa pulang 4 pingat emas, 4 pingat perak dan 3 pingat gangsa dalam acara sukan USG, UTM.  CICT telah menyertai acara badminton lelaki dan perempuan, bola jarring, bowling, peetang, track dan balapan yang telah diadakan pada awal tahun 2018, serta dragonboat.
Program dragonboat race antara jabatan telah diadakan di Tasik UTM pada 13 Oktober 2018 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.  Team CICT (lelaki) telah berjaya mendapat pingat gangsa.  Walau bagaimanapun bagi team CICT (wanita), jangan kecewa.  Semoga tahun hadapan kedua-dua team CICT (lelaki dan wanita) akan menjulang pingat emas pula.
Ucapan tahniah juga diberikan kepada para penyokong CICT yang telah sama-sama memberi sokongan padu kepada peserta CICT yang berjuang dalam persaingan sengit itu.
Majulah sukan untuk CICT.

 

 

 

 

 

PROGRAM TEAM BUILDING CICT 2018, ‘SATU HATI, SATU CICT’

PROGRAM TEAM BUILDING CICT 2018, ‘SATU HATI, SATU CICT’

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

 

Program Teambuilding ‘Satu Hati, Satu CICT’ 2018 ini merupakan kursus pengukuhan kerja berpasukan di kalangan warga Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Ia bertepatan dengan hasrat Pengurusan CICT untuk membentuk sinergi baru, rasa kebersamaan dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga CICT merupakan antara inti pati penting dalam pelaksanaan misi ini. Selain itu, perubahan struktur dalaman dan usaha meningkatkan produktiviti bagi memenuhi keperluan tenaga kerja memerlukan satu ruang masa untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan di kalangan warga CICT.  Justeru, program ini dianjurkan bertujuan memenuhi aspirasi Pengurusan CICT dan seterusnya mengukuhkan pasukan kerja khususnya di kalangan eksekutif CICT dan seterusnya kepada warga CICT di UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur.

 

Program Team Building CICT 2018 telah diadakan pada 28 Oktober 2018 (Ahad) dengan tema ‘SATU HATI, SATU CICT’.  Program bermula dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Utama, Pusat Latihan dan Hutan Rekreasi UTM Johor Bahru.  Program ini melibatkan penyertaan semua warga CICT seramai 156 orang (termasuk Felo Akademik di CICT) di CICT UTM Johor Bahru dan 4 orang staf CICT dari UTM Kuala Lumpur sebagai wakil.

 

Kehadiran adalah diwajibkan bagi warga CICT UTM Johor Bahru dan dan program ini juga merupakan urusan rasmi Universiti (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/2005).

 

Program Team Building CICT 2018 berjalan dengan lancar dengan jayanya.  Syabas dan tahniah kepada warga CICT.

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA CICT – 6 OKTOBER 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA CICT

 

Seluruh warga CICT dan pelajar praktikal CICT telah sama-sama menjayakan program Gotong Royong Perdana CICT sebagaimana yang dihasratkan oleh Pengurusan CICT & Universiti pada 6 Oktober 2018 (Khamis).  Program bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan pembahagian setiap bahagian telah ditempatkan mengikut lokasi zon/aras.  Taklimat gotong royong telah disampaikan oleh Tuan Haji Samsudin bin Nyat.

Kehadiran staf CICT, UTM dalam program ini dikira sebagai kredit mata CPD dan akan direkodkan ke dalam UTMSMile.