+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA NEGARA BAGI MAJLIS PERASMIAN PUSAT DATA BAHARU UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), JOHOR BAHRU

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), UTM Johor Bahru telah menerima kunjungan daripada Ketua Setiausaha Negara ke CICT bagi majlis perasmian Pusat Data baharu pada 15 April 2019 (Isnin).  Majlis bermula pada jam 12.00 tengahari bertempat di Ruang Showcase, Aras 2, CICT, UTM Johor Bahru.

Kehadiran YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Negara telah diiringi oleh YBhg. KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YBhg. KSU Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, YBhg. Dato’ Azizan bin Mohamad Sidin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan YBhg. Datin Paduka Ir. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia, serta beberapa pegawai kanan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semua warga CICT telah mengambil peluang untuk sama-sama melihat Showcase Digital Life Style yang berlangsung pada hari tersebut.

Aturcara majlis adalah seperti berikut :

12:20 tengahari: Sampai di CICT dan terus merasmikan Pusat Data UTM.

12:30 tengahari: Lawatan ke UTM Digital Lifestyle Showcase

12:50 tengahari: Pelancaran Foodbank (KPDNHEP)

1:00 ptg: Pertemuan YBhg KSN dengan JPU UTM

YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar dan rombongan turut merasai pengalaman Kampus Digital yang turut dipamerkan bagi memenuhi keperluan revolusi industri (IR) 4.0.  Semoga teknologi yang dihasilkan di UTM ini dapat dimanfaatkan untuk kegunaan semua, seterusnya dikembangkan potensinya ke peringkat antarabangsa.

Tahniah diucapkan kepada semua warga CICT yang bersama-sama menjayakan lawatan kerja KSN ini.

 

STAF NAIK PANGKAT

 

TAHNIAH diucapkan kepada  Dr. Mohd Murtadha bin Mohamad kerana telah menerima kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya.

 

Seluruh warga CICT mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH di atas kenaikan pangkat tersebut.

 

Semoga dengan kenaikan pangkat sebagai Profesor Madya Dr. Mohd Murtadha bin Mohamad ini akan meningkatkan lagi kecemerlangan dan tahap pencapaian prestasi di CICT khasnya dan di UTM umumnya.

 

Aktiviti Komuniti Digital “Bangsa Johor Bahagia – Pangsapuri Kangkar Pulai”, 6 April 2019 Oleh CICT – Siri 3

Pangsapuri Kangkar Pulai adalah sebuah pangsapuri kos rendah dengan kependudukkan sebanyak enam ratus (600) unit, dengan penghuni seramai dua ribu (2,000) keluarga. Pangsapuri ini mempunyai empat (4) blok iaitu Blok Jentayu, Nuri, Merak dan Kenari.  Pangsapuri Kangkar Pulai telah diperkenan sebagai sebuah projek dalam program CSR, di bawah naungan DYMM Sultan Johor dan DYMM Permaisuri Johor.  Tema program CSR adalah ‘Bangsa Johor Bahagia’.  Program ini merupakan projek usahasama UTM dengan Istana Johor bagi membentuk Bangsa Johor Bahagia yang mempunyai nilai keperibadian bangsa Johor dengan objektif seperti berikut:

 

  1. Mengenal pasti masalah dan keperluan penduduk yang membentuk masyarakat impian bangsa Johor.

 

  1. Merekabentuk cadangan aktiviti dan program masyarakat yang membina keperibadian bangsa Johor.

 

  1. Membangunkan potensi fasiliti serta ruang persekitaran yang menyokong pembentukan keperibadian bangsa Johor.

 

Kumpulan sasar adalah kanak-kanak, remaja, dewasa dan ibu tunggal.  Penekanan program adalah pada masalah sosiologikal, pengurusan fasiliti dan pembangunan fizikal.  Dari segi aspek sosiologikal, ianya meliputi bidang pendidikan, latihan dan kemahiran, sosio ekonomi, nilai etika dan estetika, kesihatan dan sukan serta psikososial.  Selari dengan program di bawah kumpulan sosiologikal ini, penggunaan teknologi dan internat (ICT) dititikberatkan.

Objektif Program ICT;

  1. Mentransformasikan komuniti pangsapuri sebagai Komuniti Bangsa Johor.

 

  1. Meningkatkan kesedaran penggunaan ICT secara beretika.

 

  1. Menjadikan ICT sebagai platform jaringan dan jalinan komunikasi komuniti.

 

  1. Memanfaatkan teknologi digital ke arah peningkatan ekonomi komuniti.

 

Program kali ini ditujukan khas kepada kanak-kanak dan remaja yang berumur dari 9 hingga 20 tahun sahaja.  Hampir 50 peserta dari setiap blok pangsapuri ini telah menyertai program yang dijalankan oleh CICT.  Acara meriah dan berIT ini telah bermula dari jam 9.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang dengan jayanya.

 

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM BANGSA JOHOR BAHAGIA

             

Program Bangsa Johor Bahagia telah dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor pada 17 Mac 2019 bersamaan 10 Rajab 1440 Hijrah bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

 

Program Bangsa Johor Bahagia ini adalah sebuah projek komuniti di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim Johor dan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.  Komunitinya adalah di Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai.

 

Pusat Teknologi  Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan dua kali Program Bangsa Johor Bahagia iaitu pada 6 Oktober 2018 dan 9 Mac 2019.  CICT telah menganjurkan program yang berbentuk IT seperti mengadakan Bengkel Penggunaan Media Sosial (Pengenalan Facebook, Instagram, Laman Web) dan aktiviti-aktiviti yang berpotensi ke arah penjanaan ekonomi secara ‘online’.  Program ini telah diadakan di Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai dan CICT.

 

          

 

MAJLIS PENGHARGAAN DAN KECEMERLANGAN STAF CICT 2018 ‘TERUKIR DI BINTANG 2018’

 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Kecemerlangan Staf CICT dengan tema ‘Terukir Di Bintang’.  Majlis tersebut telah berlangsung pada 23 September 2018 di Dewan Ibnu Sina, UTM Johor Bahru.

 

Hari gemilang itu telah dihadiri oleh semua warga CICT UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur, termasuk pelajar praktikal.  Program bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

 

Pelbagai anugerah dan kategori telah disampaikan dalam suasana meriah itu.

  • Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 (53 orang)
  • Sijil Anugerah Kehadiran Terbaik 2017 (9 orang)
  • Sijil Anugerah Penjanaan 2017 (2 kumpulan)
  • Sijil Anugerah Sukan 2017 (4 orang)
  • Sijil Anugerah Khidmat Masyarakat 2017 (2 orang)
  • Sijil Anugerah Pencapaian KAI Terbaik (1 bahagian)
  • Sijil Anugerah Inovasi (2 kumpulan)
  • Sijil Pelantikan Felo Akademik IT ( 1 orang)
  • Sijil Pelantikan Pengurusan IT – 4 orang

 

Tahniah dan syabas kepada yang menerima anugerah.  Semoga terus cemerlang di masa-masa mendatang.