+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Menu

Anugerah Teknologi Maklumat 2018

 

KATEGORI FAKULTI/BAHAGIAN/UNIT

TUJUAN

Anugerah Teknologi Maklumat 2018 (ATM 2018) diwujudkan bagi mengiktiraf Fakulti/Bahagian/Unit yang telah berusaha secara berterusan bagi memperkasakan penggunaan ICT secara meluas dan inovatif  dalam meningkatkan keberkesanan dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Anugerah ini juga bertujuan meningkatkan imej dan daya saing antara Fakulti, Bahagian dan Unit dalam melaksanakan tugas dan aktiviti menggunakan ICT serta membuat transformasi secara inovatif dan kreatif.
 
Anugerah Teknologi Maklumat adalah memfokuskan kepada Fakulti/Bahagian/Unit yang menggunakan kemudahan ICT dan  aplikasinya secara terperinci dan keberkesanan penggunaannya dalam melaksana dan memajukan bisnes utama mereka.

SYARAT PENYERTAAN
Anugerah ini terbuka kepada semua Fakulti/Bahagian/Unit di UTM.

HADIAH

Hadiah yang ditawarkan kepada Fakulti/Bahagian/Unit yang memenangi anugerah ini adalah berupa wang tunai berjumlah RM3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja), plak dan sijil penyertaan. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua Fakulti/Bahagian/Unit yang menyertai anugerah ini.

KRITERIA PENILAIAN

Pemilihan Anugerah Teknologi Maklumat 2018 (ATM 2018) adalah berdasarkan kepada empat (4) komponen utama yang ditetapkan iaitu :-

  1. Komponen A :         Perkhidmatan Sokongan IT (25%)
  2. Komponen B :         Governan (25%)
  3. Komponen C :         Penggunaan ICT (50%)
  4. Pembentangan :         (100%)
  • Penyertaan WAJIB ATM 2018 kepada semua PTJ (mempunyai lebih 50 orang staf).
  • Audit penggunaan ICT di peringkat PTJ/Fakulti
     

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Dokumen lengkap 1 salinan hardcopy dan 1 salinan softcopy dalam format Pembentangan Power Point (maksimum 20 slaid) berserta write up (maksimum 3 mukasurat berserta gambar) hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari, 22 Mac 2019 (Jumaat) ke alamat berikut :

Urusetia  
Anugerah Teknologi Maklumat 2018 (ATM 2018)
Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT)
Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru

Tel. : 07-5532043/32076

E-mel : cict-bpk@utm.my  

Sesi pembentangan Fakulti/Bahagian/Unit akan dibuat kepada Panel Penilai ATM 2018 yang akan ditentukan tarikh dan masanya oleh Urusetia ATM 2018.  Selain itu, pihak panel akan mengadakan lawatan pengesahan ke Fakulti/Bahagian/Unit yang disenarai pendek pada tarikh dan masa yang akan dimaklumkan oleh Urusetia ATM 2018.

Lampiran Kriteria
Borang Pencalonan

 LATAR BELAKANG

Penarafan Webometrics merupakan antara fokus utama UTM dalam memastikan imej unggul universiti ini pada kaca mata dunia khususnya melalui kecemerlangan laman web universiti.  Pelbagai usaha dan strategi dijalankan untuk meningkatkan kedudukan UTM dalam penarafan tersebut.

Menerusi Majlis Citra Karisma 2019, penghargaan diberi kepada Fakulti/Bahagian dan individu yang sentiasa memastikan laman web diberikan perhatian khusus serta  menepati kualiti teknikal yang sejajar dengan kriteria khusus yang dikeluarkan oleh penarafan Webometrics di seluruh dunia.

Anugerah Webometrics mengiktiraf laman-laman web Fakulti/Bahagian dan individu yang secara langsung membantu kedudukan UTM dalam penarafan Webometrics dunia setiap tahun dengan pelbagai usaha dan komitmen yang berterusan.

KATEGORI

Anugerah Webometric dibahagikan kepada 3 (tiga) kategori iaitu

  1. PTJ Akademik (Fakulti/Sekolah);
  2. PTJ Bukan Akademik (PTJ Perkhidmatan); dan
  3. Individu 

HADIAH

  1. Kategori PTJ Akdemik : RM3,000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Sahaja)
  2. Kategori PTJ Bukan Akademik : RM3,000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Sahaja)
  3. Kategori Individu : RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja) kepada seorang penerima sahaja.
  4. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.

KRITERIA ANUGERAH WEBOMETRICS KATEGORI AKADEMIK (FAKULTI/SEKOLAH) DAN BUKAN AKADEMIK (PTJ PERKHIDMATAN) 

Bagi laman web PTJ, pencalonan adalah secara automatik di mana semua PTJ di bawah domain utm.my adalah calon-calonnya manakala bagi kategori laman web individu, pencalonan adalah melalui pendaftaran nama oleh individu sendiri, Pendaftaran akan dilaksanakan melalui online dan hebahan akan dibuat sebagai makluman kepada semua warga staf.

Penilaian dan pemberian markah dilaksanakan menggunakan kaedah pengiraan Webometrics iaitu menggunakan enjin carian serta web visibility-checking tool bagi mendapatkan bacaan saiz laman web yang diindeks oleh enjin carian dan juga kadar visibility.

Proses pengiraan bermula dengan proses pengenalpastian laman web dan diteruskan dengan menggunakan enjin carian bagi mendapatkan bacaan web presence dari segi jumlah laman yang dijumpai oleh enjin carian Google search dan jumlah pautan yang dapat dikumpulkan melalui enjin carian pautan (backlinks) Ahref berdasarkan domain setiap laman web luar yang dipautkan ke laman web yang dinilai.

SYARAT PENYERTAAN

  1. KATEGORI PTJ AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK
  • Semua laman web hendaklah berdaftar di bawah domain my
  • Hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai minimum 500 halaman.
  • Mematuhi garis panduan dan polisi yang dinyatakan di

http://corporateaffairs.utm.my/webteam/policy/

  1. KATEGORI INDIVIDU
  • Semua laman web hendaklah berdaftar di bawah domain my
  • Laman web peribadi sahaja (bukan laman web
             persatuan/kumpulan/aplikasi)
  • Hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai minimum 50 halaman.
  • Mematuhi garis panduan dan polisi yang dinyatakan di

http://corporateaffairs.utm.my/webteam/policy/