+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), UTM Johor Bahru telah menerima kunjungan daripada Ketua Setiausaha Negara ke CICT bagi majlis perasmian Pusat Data baharu pada 15 April 2019 (Isnin).  Majlis bermula pada jam 12.00 tengahari bertempat di Ruang Showcase, Aras 2, CICT, UTM Johor Bahru.

Kehadiran YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Negara telah diiringi oleh YBhg. KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YBhg. KSU Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, YBhg. Dato’ Azizan bin Mohamad Sidin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan YBhg. Datin Paduka Ir. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia, serta beberapa pegawai kanan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semua warga CICT telah mengambil peluang untuk sama-sama melihat Showcase Digital Life Style yang berlangsung pada hari tersebut.

Aturcara majlis adalah seperti berikut :

12:20 tengahari: Sampai di CICT dan terus merasmikan Pusat Data UTM.

12:30 tengahari: Lawatan ke UTM Digital Lifestyle Showcase

12:50 tengahari: Pelancaran Foodbank (KPDNHEP)

1:00 ptg: Pertemuan YBhg KSN dengan JPU UTM

YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar dan rombongan turut merasai pengalaman Kampus Digital yang turut dipamerkan bagi memenuhi keperluan revolusi industri (IR) 4.0.  Semoga teknologi yang dihasilkan di UTM ini dapat dimanfaatkan untuk kegunaan semua, seterusnya dikembangkan potensinya ke peringkat antarabangsa.

Tahniah diucapkan kepada semua warga CICT yang bersama-sama menjayakan lawatan kerja KSN ini.