+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Badan Kebajikan Kakitangan, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah menganjurkan Program Sambutan Majlis Maulidur Rasul yang telah diadakan pada 13 Disember 2018 (Khamis) bermula pada jam 11.00 pagi – 01.00 tengahari bertempat di Dewan Seminar Aras 4, CICT.
Majlis yang dihadiri oleh warga CICT dan pelajar praktikal CICT dimulai dengan bacaan Selawat dan diikuti dengan bacaan doa.   Ceramah Maulud telah disampaikan Yang Berbahagia Ustazah Dr. Naemah Binti Hamzah
Di samping itu, majlis sambutan hari kelahiran staf CICT pun diadakan bersama.
Pihak CICT mengucapkan jutaan terima kasih kepada staf-staf APC 2017, staf naik pangkat, staf yang mendapat tetap dan semua staf yang telah menaja jamuan makan untuk majlis ini dan kepada staf CICT yang memberi sumbangan seikhlas hati (makanan/wang).
Semoga segala usaha dan sumbangan dalam menjayakan aktiviti ini akan dilimpahkan lagi rezekinya dan diberi sebaik-baik ganjaran daripada Allah SWT, insyaAllah.