+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

BENGKEL PROJEK PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK ICT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BAGI TAHUN 2019-2023

 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Bengkel perlaksanaan Projek Pembangunan Pelan Strategik ICT UTM (ISP ICT UTM) pada  7 – 9 Disember 2018 di Hotel Avillion Legacy, Melaka.  Bengkel ini diadakan adalah untuk merangka perancangan  jangka panjang  untuk projek-projek ICT UTM dalam  tempoh lima tahun akan datang iaitu dari tahun 2019 hingga 2023.

 

ISP merupakan salah satu projek dalam KFA 4 dalam Pelan Global Universiti dalam perkara Transformasi Bakat, Governan dan Pencapaian Berprestasi Tinggi.  Objektif projek ini diadakan antaranya ialah untuk Mengenal pasti dan merancang pelan tindakan strategik  ICT untuk tempoh lima tahun, Membuat anggaran kos dan prioriti program ICT dan Menghasilkan dokumen/Blueprint  ISP ICT UTM 2019-2023.

 

Seramai 35 peserta termasuk fasilitator telah bertungkus lumus bagi menghasilkan hasil yang terbaik untuk CICT khususnya.