+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

“PROGRAM INTERAKTIF BAHASA INGGERIS” (INTENPRO) 2018

Interactive English Program (INTENPRO)  –  “Around The World in 7200 Seconds”

Pada 18 Oktober 2018, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) dan Fakulti Sains dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UTM telah menganjurkan Program Bahasa Inggeris Interaktif (INTENPRO) bersempena dengan Minggu Bahasa Inggeris.
Program ini diadakan di Bilik Seminar, Aras 4, CICT, bermula dari jam 11:00 pagi hingga 1:00 petang adalah terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar UTM.
Berbagai aktiviti telah diadakan seperti memecahkan Ice Breaking, Impromptu Speech, Describing Places of Interest, Find Your Partner dan Story Telling.
Semoga dengan adanya program seperti ini akan dapat memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dan mengeratkan lagi hubungan antara sesama warga UTM.
Kehadiran staf UTM dalam program ini dikira sebagai kredit mata CPD dan akan direkodkan ke dalam UTMSMile.