+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

Selaras dengan hasrat Pengurusan UTM dalam memastikan warga UTM sentiasa mengamalkan serta membudayakan aktiviti Gaya Hidup Sihat secara holistik, Program Gaya Hidup Sihat Peringkat CICT anjuran Badan Kebajikan CICT telah pada 21 Oktober 2018, (Ahad) di Stadium Azman Hashim, UTM Johor Bahru.  Semua warga CICT dikehendaki berpakaian sukan lengkap.

 

Program yang bermula dari jam 7.45 pagi dengan kehadiran /pendaftaran warga CICT dan aktiviti regangan yang diketuai oleh Encik Mohd Safudin bin Nordin.

 

Aktiviti selanjutnya iaitu CICT Fun Walk Stadium Azman Hashim UTM dan laluan untuk aktiviti walkton adalah disepanjang luar dan dalam Stadium Azman Hashim UTM dan kemudian kembali semula ke tempat berkumpul.  Aktiviti tamat pada jam 9.30 pagi dan mula bertugas seperti biasa di tempat bertugas masing-masing.

 

Kehadiran staf dalam program ini dikira sebagai jam kredit kursus di dalam UTMSmile.

 

CICT mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Safudin bin Nordin dan seluruh warga CICT kerana telah menjayakan program ini dan semoga usaha membudayakan Gaya Hidup Sihat ini dapat dijayakan dimasa-masa mendatang.