+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page
Menu

Video: Open Day CICT 2016

Description

HARI TERBUKA CICT 2016
Event Video

Selari dengan usaha menjadikan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) sebagai pemacu ICT UTM berteraskan perkhidmatan ICT yang inovatif dan berkualiti, CICT berhasrat untuk menganjurkan program Hari Terbuka CICT untuk semua warga Universiti dan komuniti luar. Program ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan CICT dengan pelanggan serta dapat mempromosi dan memasarkan  perkhidmatan ICT kepada komuniti.  Program ini sekaligus membantu usaha penjanaan pendapatan CICT kepada Universiti.  Tema Hari Terbuka CICT pada tahun ini adalah ‘ICT Lestari, Warga Bistari’ yang akan diadakan di Bangunan CICT, Blok D07, UTM Johor Bahru pada 29 hingga 30 November 2016 (2 hari).

Matlamat mengadakan Program Hari Terbuka CICT ini adalah untuk ;

  1. Melahirkan modal insan kelas pertama, warga UTM khususnya dan komuniti sekitar amnya yang berhemah dalam penggunaan ICT dan mampu menggunakan segala kemudahan ICT secara optimum.
  2. Mendekati pelanggan dan menyelesaikan permasalahan secara terus.
  3. Menningkatkan pengetahuan pelanggan dengan perkara-perkara baru ICT melalui perkembangan terkini teknologi dan sebagainya.

Pengisian program adalah seperti berikut :-

  1. Sesi Ceramah:

2. Pameran Penjagaan Kesihatan oleh KPJ Puteri Specialist (Johor   Bahru).

  • Pemeriksaan Kesihatan dan Kempen Derma Darah.
  • Kaunter Kepuasan Pelanggan serta khidmat perundingan ICT/perkhidmatan sistem aplikasi.
  • Pertandingan cipta ‘motto CICT’ terbaik.
  • Cabutan bertuah kepada pengunjung (bergantung kepada penajaan luar).
  • Lain-lain pameran ICT dan ICT Lestari.

Semoga program ini akan dapat memotivasikan minat warga UTM dan komuniti sekitar dalam membudayakan penggunaan ICT secara berhemah dan mampu mempengaruhi budaya kerja, kognitif, gaya hidup serta nilai hidup seharian.