+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

Servis Awan UTM Pembuka Revolusi Industri 4.0 Perspektif Universiti Teknologi Malaysia

Sinopsis :

Ketika ini dunia menyaksikan era revolusi industri keempat yang terfokus kepada transformasi era digital, manusia dan fizikal. Revolusi industri 4.0 memberi kesan kepada hampir semua bidang kehidupan seperti komunikasi, perdagangan, pendidikan dan lain-lain. Ia merangkumi semua aktiviti yang boleh diautomasikan. Kemunculan era revolusi industri 4.0 telah mempercepatkan proses tersebut dan perubahan menyentuh banyak bidang seperti internet of thing, keselamatan siber, awan, internet mudahalih dan lain-lain. Pengkomputeran Awan adalah bentuk baru pengkomputeran berasaskan internet yang menyediakan kemudahan komputer secara gunasama. Namun begitu potensi baru ini akan hanya dapat dijayakan jika isu kebolehcapaian data, keselamatan dan lain-lain dapat diatasi dan menyakinkan pengguna. Pembentangan ini membincangkan pengkomputeran awan sebagai salah satu kunci pembuka revolusi industri 4.0 berdasarkan perspektif Universiti Teknologi Malaysia mengenai inisiatif konsep Servis Awan UTM.

Penceramah : Pn. Zaiton Salimon

Download     :  Bahan Pembentangan

Video :