+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Menu

Achievement

 

Description

Pencapaian yang telah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) capai.
Pencapaian ini sebagai penanda aras kualiti dan prodiktiviti hasil usaha kerja berkumpulan memberi perkhidmatan kepada semua pengguna.

 

 

2017

 

 

 Tahniah diucapkan kepada pasukan CICT yang telah berjaya menyediakan dokumen teknikal terbaik dan sekaligus membawa Universiti menerima PENGANUGERAHAN SIJIL PEMATUHAN SAGA (Standard Accounting System For Government Agencies) 2017 yang telah disampaikan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 22 November 2017.

UTM merupakan antara 59 daripada 416 agensi yang telah berjaya menerima pengiktirafan Sijil Pematuhan SAGA selain daripada USM, UPSI, UMP, UPNM, UNISZA, UTHM dan UPM.

Semoga ianya jadi pemangkin kepada semua warga CICT untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang kepada CICT dan Universiti.

Sijil SAGA 2017

 

 

 

 Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi, CICT kerana menjadi PTJ paling aktif Senamrobik Perdana Siri 2/2017 bagi Zon Arcturus yang telah diadakan pada 7 Februari 2017, bertempat di Stadium Azman Hashim UTM Johor Bahru. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen dan semangat seluruh warga CICT yang menjayakan program kali ini.

Kehadiran staf CICT adalah seramai 50 daripada 123 orang, yang menyumbang kepada statistik kehadiran sebanyak 40.7% daripada keseluruhan staf di CICT. Semoga semua staf CICT akan lebih bersemangat untuk sama-sama menyertai senamrobik perdana di masa-masa akan datang.