+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page
Menu

FAQ~UTMOnline

1.  Maklumat apa yang boleh dihebahkan di UTMOnline?
Maklumat yang boleh dihebahkan di dalam laman web UTMOnline adalah yang berkaitan dengan pengumuman, berita, makluman, jemputan, majlis, pautan ke lampiran dan apa saja asalkan berkaitan secara dalaman UTM. Makluman yang tidak berkaitan dengan UTM adalah tidak dibenarkan.

2.  Apakah bentuk bahan yang boleh dibuat hebahan?
Bahan hebahan boleh di dalam bentuk imej, teks, lampiran seperti pdf, doc, xls, pautan ke URL.

3.  Bagaimana untuk mengiklan imej baner di slider?
Sediakan fail imej bersaiz 900 x 235 pixel. Hantarkan imej tersebut serta maklumat tambahan (jika ada) ke email utmonline@utm.my.

4.  Bolehkah laman web ini dicapai dari luar?
Tidak. UTMOnline hanya boleh dicapai di dalam UTM sahaja menggunakan rangkaian UTM. Namun, staf dan pelajar boleh mencapainya dari luar UTM jika mereka login melalui VPN UTM.

5.  Berapa lama hebahan akan dipaparkan setelah permohonan dihantar?
Masa untuk memaparkan hebahan bergantung kepada bilangan permintaan pada satu-satu masa serta proses merekabentuk imej baner (jika berkaitan). Masa yang paling cepat adalah setengah jam, manakala paling lewat tidak melebihi 3 hari.