+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

Taklimat Kesedaran Keusahawanan

Pihak pengurusan CICT dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara telah mengambil inisiatif mengadakan Program ‘Bisnes Anda? Anda Bisnes?’ (Ke Arah Pemikiran Entrepreneurial) sebagai satu usaha memberi pendedahan kepada semua warga CICT dalam bisnes ke arah usaha penjanaan pendapatan CICT khususnya dan Universiti amnya.

Selain itu, program ini diadakan sebagai pengenalan bisnes dan keusahawanan kepada warga UTM  selaras dengan hala tuju Universiti untuk mengalak usaha penjanaan pendapatan bagi mencapai kewangan yang lestari.

Program ini telah berlangsung pada 27 Februari 2017 (Isnin) bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang, bertempat di Dewan Seminar CICT UTM Johor Bahru. Semua warga CICT telah mengambil peluang keemasan ini bagi menambah ilmu pengetahuan berkaitan bisnes.

Lif d Bangunan CICT Sedang Dalam Penyelenggaraan

Penyelenggaraan Lif CICTDimaklumkan bahawa pihak Universiti melalui Pejabat Harta Bina (PHB) akan melaksanakan kerja-kerja penggantian lif baru (Blok D07, CICT UTM JB) berdasarkan perancangan kerja-kerja seperti berikut :

1. ‘ Dismantling” (Lif Mula Ditutup) – 15 Mei 2017 hingga 28 Mei 2017

2. ‘Installation’ – 29 Mei 2017 hingga 02 Julai 2017

3 ‘Testing and Commissioning’ dan Pemeriksaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) – 03 Julai 2017 hingga 30 Julai 2017

4. Persediaan ‘Handover’ (Pembaikan ‘Defect’ dan Pembersihan) – 31 Julai 2017 – 06 Ogos 2017

Semoga ianya dalam makluman bersama terutamanya kepada pihak PTJ UTM / pihak luar yang akan menggunakan / menyewa ruang CICT UTM JB termasuk pihak catering dalam tempoh yang dinyatakan di atas.

Sekian, terima kasih.