+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

Lawatan Delegasi dari Universitas Of 17 Agustus 1945 (UNTAG) Surabaya

Lawatan Delegasi dari Universitas Of 17 Agustus 1945 (UNTAG) Surabaya

CICT telah menerima kunjungan delegasi dari​pada Universitas Of 17 Agustus 1945 (UNTAG) Surabaya, Indonesia pada 24 Mei 2017. Delegasi yang hadir seramai 5 orang diketuai oleh Dr. Ir. R.A. Retno Hastijanti, M.T Vice Rektor for Resources / Non Academic. Kunjungan singkat dari UNTAG ini ke CICT adalah sebahagian daripada pengisian daripada penyertaan UNTAG dalam program ‘The 2017 6th ICT International Student Project Conference (ICT-ISPC 2017)’ anjuran Fakulti Komputeran yang berlangsung pada 23 – 24 Mei 2017.

Delegasi telah disambut oleh wakil pengurusan CICT, Encik Aminuddin bin Ahmad selaku Penolong Pendaftar Kanan CICT yang turut menyampaikan taklimat ringkas mengenai CICT. Para delegasi turut diberi peluang untuk melawat ke Makmal Produksi Multimedia (SMAL), Makmal Komputer Pelajar dan CICT Galerium. Satu sesi bergambar telah diabadikan di CICT Galerium sebelum berakhir sesi kunjugan delegasi UNTAG.

Majlis Penghargaan Dan Kecemerlangan Staf CICT 2016

Majlis Anugerah Kecemerlangan CICT 2016

Majlis Anugerah Kecemerlangan Staf CICT 2016 @ Terukir di Bintang telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Mei 2017 (Rabu) bermula pada jam 9.00 pg hingga 1.00 ptg di Dewan Seminar, Institut Ibnu Sina, UTM Johor Bahru.  Majlis kali ini adalah bertemakan ‘Tribute To Jalan Ampas’ dan pakaian juga adalah mengikut tema tersebut.

Antara 9 kategori yang dipertandingkan adalah ;

  • Anugerah Staf Cemerlang / Anugerah Anak Bapak & Anugerah Anakku Sazali
  • Anugerah Inovasi (Individu) / Anugerah Nujum Pak Belalang
  • Anugerah Inovasi (Kumpulan) / Anugerah Keluarga 69
  • Anugerah CICT Fit / Anugerah Masam Masam Manis
  • Anugerah Pengurusan Terbaik / Anugerah Kanchan Tirana
  • Anugerah Kemasyarakatan / Anugerah Semerah Padi
  • Anugerah Pakaian Tema / Anugerah Tan Sri P. Ramlee & Anugerah Biduanita Saloma
  • Anugerah Macho dan Anggun / Anugerah Hang Tuah & Anugerah Tun Teja
  • Anugerah Staf Popular / Anugerah Panca Delima

Manakala Pemenang Pencipta Tagline CICT adalah Encik Aminuddin bin Ahmad iaitu ‘CREATIVE INNOVATIVE COHESIVE TECHNOPRENEUR’.

Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.  Semoga kecemerlangan itu akan berterusan bagi mempertingkatkan lagi kecemerlangan CICT di UTM dan diperingkat antarabangsa.

Tahniah CICT! PTJ Paling Aktif Zon Acturus di Senamrobik Perdana Siri 4/2017

Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT) kerana berjaya menjadi PTJ paling aktif (Zon Arcturus) di program Senamrobik Perdana Siri 4/2017 yang telah berlangsung pada 4 April 2017 bermula jam 7.45 pagi di Stadium Azman Hashim, UTM Johor Bahru.

PTJ Paling Aktif Senamrobik Perdana Siri 4/2017

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT) telah menyumbang kepada statistik kehadiran sebanyak 32% daripada keseluruhan staf. Terima kasih di atas komitmen dan semangat seluruh warga CICT terhadap Program Gaya Hidup Sihat Senamrobik Perdana dan berpeluang untuk melonjak ranking PTJ dan akan terus cemerlang pada siri program yang akan datang. Tahniah!! 

 Senamrobik Perdana Siri 4/2017

Konvensyen Anugerah Teknologi Maklumat (ATM) 2017 Anjuran CICT

Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi UTM telah mengadakan Konvensyen Anugerah Teknologi Maklumat (ATM) di Dewan Seminar, Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi UTM pada 27 Mac 2017. Sebanyak lapan belas (18) Fakulti dan Pusat Kecemerlangan telah menyertai konvensyen ini.

Fakulti-fakulti dan abatan yang terlibat terdiri daripada Akademik Bahasa, Fakulti Alam Bina, Fakulti Biosains Dan Kej Perubatan, Fakulti Kej Kimia Dan Kej Tenaga, Fakulti Komputeran, Fakulti Pendidikan, Fakulti Kej Kelektrik, Fakulti Geoinformasi Dan Hartanah, Fakulti Sains, Fakulti Kejuruteraan Awam, Pejabat Hartabina UTMJB, Pejabat Hartabina UTMKL, Perpustakaan Sultanah Zanariah, Research Management Centre (RMC), UTM Razak School, UTMCC, Pusat Kerjaya, UTMKL AIS dan UTMLead. Keputusan ATM akan diwarwarkan semasa majlis Citra Karisma UTM 2017.

Konvensyen Anugerah Teknologi Maklumat 2017

Penyertaan CICT Dalam Konvensyen Kualiti 2017

Kumpulan CICT merupakan salah satu calon yang menyertai Anugerah Kualiti Perkhidmatan 2016. Penyertaan adalah terdiri daripada Jabatan dan Fakulti di UTM.

Sesi pembentangan daripada calon PTJ telah berlangsung di dalam majlis Konvensyen Kualiti 2017, yang diadakan pada 13 – 15 Mac 2017 bermula daripada 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Yahaya bin Mad Sam, Pengarah UTM QRiM.

CICT Dalam Konvensyen Kualiti 2017

Pengauditan Anugerah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) 2016

Satu Pengauditan berkaitan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2016 telah diadakan di Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) pada 20 Februari 2017, jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2 CICT, UTM Johor Bahru.

Seramai 7 orang panel audit terlibat di dalam sesi pengauditan ini iaitu terdiri daripada Prof Madya Dr Suhairul bin Hashim, Dr Mohd Fadli bin Rahmat, Dr Aslan bin Amat Senin, En Mohd Faizal bin Wakiman, En. Mohd Ayob bin Hj Suradi, Cik Nor’ain binti Abdul Rahman dan Pn Intan Nordiana bt Ahmad. Sesi pengauditan berakhir pada jam 11.00 pagi dengan jayanya.

Audit OSHE