+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

CICT Jungle Trekking & Fun Walk (Julai 2017)

Selaras dengan hasrat Pengurusan UTM dalam memastikan warga UTM sentiasa mengamalkan serta membudayakan aktiviti gaya hidup sihat secara holistik dan lestari, satu program Gaya Hidup Sihat dan Lestari CICT 2017 (CICT Fun Walk & Jungle Trekking) telah diadakan pada 23 Julai 2017 (Ahad) bermula pada jam 7.45 pagi.

CICT Fun Walk & Jungle Trekking

Peserta telah berkumpul di tempat letak kenderaan Markas Palapes Laut UTM sebelum memulakan perjalanan sejauh 2 kilometer merentasi Lata Jernih UTM dan Hutan Rekreasi UTM. Program ini diketuai oleh En Abd Haris bin Ismail dan disertai seramai 50 orang warga CICT.

Peserta juga melaksanakan tugas amal mengutip sampah di sepanjang trek perjalanan sebagai usaha aktiviti pelestarian kampus. CICT mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga yang menyertainya dan ucapan ribuan terima kasih dan semoga usaha membudayakan gaya hidup sihat dan lestari dapat diteruskan pada masa akan datang.

Warga Baru Melapor Diri

CICT telah menerima Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Tetap) baru iaitu Cik Norfadzila Hani bt Mohd Khairuddin dan Puan Sarina binti Zakaria. Cik Norfadzila Hani bt Mohd Khairuddin telah melapor diri pada 2 Julai 2017 dan Puan Sarina binti Zakaria pada 4 Julai 2017. Kedua-dua staf telah ditempatkan di Bahagian Pengurusan Pembangunan Aplikasi (ADM), CICT.

Pihak CICT mengucapkan selamat datang kepada Cik Norfadzila Hani bt Mohd Khairuddin dan Puan Sarina binti Zakaria. Semoga mereka dapat memberi sumbangan yang cemerlang kepada CICT dan Universiti.

Majlis Mesra Aidilfitri CICT 2017

Majlis Mesra Aidilfitri CICT 2017 telah diadakan pada 26 Julai 2017.  Majlis ini telah diadakan di Dewan Utama,  Perpustakaan Raja Zarith Sofiah  (PRZS), UTM Johor Bahru bermula pada jam 9.30 pagi.

Majlis dimulai dengan bacaan doa dan perutusan Aidilfitri 2017 yang telah disampaikan oleh YBhg. Pengarah CICT, Prof. Dr. Ali bin Selamat.  Seterusnya penyampaian sijil penghargaan dan cendermata kepada Dr. Jaswar sebagai Felo Akademik IT.  Cendermata hari kelahiran staf turut disampaikan dalam majlis ini. Majlis diakhiri dengan sesi berselawat dan bersalaman raya dan menikmati jamuan hari raya yang telah disediakan mengikut bahagian/unit CICT.

Staf Baru Melapor Diri Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Muhammad Syafiq bin Puniran - PPTM CICT CICT telah menerima kehadiran warga baru iaitu Encik Muhammad Syafiq bin Puniran, berjawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Tetap) pada 13 Jun 2017.  Beliau akan ditempatkan di Bahagian Pengurusan Pembangunan Aplikasi (ADM).

Pihak CICT mengucapkan selamat datang kepada Encik Muhammad Syafiq bin Puniran, semoga dapat memberi sumbangan yang cemerlang kepada CICT dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua warga / staf CICT.

 

Sumbangan Keperluan Aildilfitri 2017 – Pertubuhan Projek Kasih

Sumbangan Keperluan Aildilfitri 2017 - Pertubuhan Projek Kasih

Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan menjelang Syawal 1438H, warga CICT dengan kerjasama Pertubuhan Projek Kasih telah mengambil inisiatif melaksanakan khidmat masyarakat bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Sumbangan bagi keperluan Aidilfitri termasuklah pakaian raya (baru @ terpakai),  makanan (beras, tepung, gula dan tin susu) dan kuih raya telah diserahkan kepada wakil sukarelawan Pertubuhan Projek Kasih, Cik Hazirah pada 8 Jun 2017 di Pusat Islam UTM.  Sumbangan tersebut akan diagihkan ke rumah2 kebajikan, ibu2 tunggal dan golongan yg memerlukan.

Semoga Allah S.W.T memberikan ganjaran pahala melimpah ruah, kesihatan yang baik dan rezeki berlipat ganda kepada warga CICT yang telah memberi sumbangan.

Aktiviti Memasak Bubur Lambuk

Memasak Bubur Lambuk CICT 2017Badan Kebajikan Staf CICT (BKCICT) telah menganjurkan aktiviti memasak dan mengagih bubur lambuk peringkat CICT bersempena bulan Ramadhan 1438H.

Gotong-royong, rewang dan aktiviti memasak bagi program tersebut telah dilakukan pada 8 Jun 2017 bermula pada jam 7.30 pagi, bertempat di balkoni PPICTP, Aras 3 yang diketuai oleh Encik Mohd Jamhari bin Mohd Rafiee. 

Agihan bubur lambuk kepada warga CICT telah dilaksanakan bermula pada jam 12.30 tengah hari.

Semoga usaha murni dalam menjayakan aktiviti ini sentiasa berterusan dan mendapat keberkatan serta sebaik-baik balasan daripada Allah S.W.T.