+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

SIRI WACANA ILMU CICT 2018 (PERISYTIHARAN HARTA SISTEM HRFin)

SIRI WACANA ILMU CICT 2018 (PERISYTIHARAN HARTA SISTEM HRFin)

 

Siri Wacana Ilmu bertajuk ‘Perisytiharan Harta Sistem HRFin’ telah diadakan pada 8 Ogos, 2018 (Rabu) dan disampaikan oleh Tuan Hj. Roslai bin Paimin, Pegawai Teknologi Maklumat (F52) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 2 CICT.  Program bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang dan dihadiri oleh warga CICT dan PTJ.  Cik Nurul Jannah bt Mahmud adalah penceramah Siri Wacana Ilmu kali dan dibantu oleh Encik Abdul Rahman bin Hamzah.

 

Wacana Ilmu CICT 2018 adalah program anjuran Pusat Teknologi Maklumat (CICT) secara bersiri.  Program ini adalah bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk dimanfaatkan selain membantu menambahbaik ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.

 

Warga CICT yang menghadiri program Wacana ini akan diberi mata CPD.

PERAKUAN PENDAFTARAN SEBAGAI TEKNOLOGIS BERIJAZAH

Dua orang warga Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah didaftarkan sebagai TEKNOLOGIS BERIJAZAH oleh Lembaga Teknologis Malaysia.  Mereka adalah Ts. Dr. Mohd Murtadha bin Mohamad dan Ts. Raziman bin Zakaria telah pada tahun 2018.

Seluruh warga CICT mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan semoga terus cemerlang!

Pelantikan Sebagai Felo Akademik IT CICT

Pelantikan Sebagai Felo Akademik IT CICT

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Masitah binti Ghazali telah dilantik sebagai Felo Akademik IT di CICT berkuatkuasa mulai 5 Ogos 2018 hingga 4 Ogos 2019.

Seluruh warga CICT mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH di atas pelantikan tersebut dan semoga dengan pelantikan ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan penyampaian perkhidmatan ICT berprestasi tinggi kepada seluruh warga Universiti.

 

LAWATAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS JOHOR KE CICT, UTM JOHOR BAHRU

LAWATAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS JOHOR KE CICT, UTM JOHOR BAHRU

 

Seramai tujuh (7) orang wakil dari Lembaga Perindustrian Nanas Johor telah mengadakan lawatan ke Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) pada 17 Julai 2018.  Dalegasi yang diketuai oleh Encik Wan Mohd Adiasrol, Timbalan Pengarah, Bahagian Sumber Manusia, Lembaga Perindustrian Nanas Johor,  telah tiba ke CICT jam 2.30 petang.  Mereka telah mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai IT daripada CICT bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif (BME), Aras 2, CICT.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat sistem aplikasi yang dibangunkan oleh CICT dan pembentangan ‘business proposal’ oleh CICT kepada pihak Lembaga Nanas.

Sesi gambar kenangan telah diabadikan di Gallerium CICT.

 

SIRI WACANA ILMU CICT 2018 (PENGURUSAN PROJEK ICT)

SIRI WACANA ILMU CICT 2018 (PENGURUSAN PROJEK ICT)

 

Wacana Ilmu CICT Siri 3/2018 adalah program anjuran Pusat Teknologi Maklumat (CICT) secara bersiri.  Program ini adalah bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk dimanfaatkan selain membantu menambahbaik ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.

 

Siri Wacana Ilmu kali ini bertajuk ‘Pengurusan Projek ICT’ telah diadakan pada 18 Julai, 2018 (Rabu) dan disampaikan oleh Tuan Hj. Roslai bin Paimin, Pegawai Teknologi Maklumat (F52) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 2 CICT.  Program bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.

 

Warga CICT yang menghadiri program Wacana ini akan diberi mata CPD.