+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

STAF CICT DALAM KENANGAN

 

STAF CICT DALAM KENANGAN

CICT UTM Johor Bahru merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan kepada Encik Mohd Faiz bin Mustaffa sepanjang berkhidmat di CICT UTM Johor Bahru.  Beliau telah memulakan kerjaya di CICT UTM Johor Bahru sebagai Juruteknik Komputer (JA17) bermula dari 25 Januari 2011 dan menerima tawaran jawatan baru sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) pada 25 Ogos 2014.  Beliau telah meletak jawatan kerana telah menerima tawaran kerjaya baru di organisasi luar berkuatkuasa pada 18 Oktober 2017.
Pihak pengurusan CICT mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan sukses dalam apa jua lapangan kerjaya yang diceburi.

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT CICT BULAN NOVEMBER 2017

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT CICT BULAN NOVEMBER 2017- CICT FUN WALK

Selaras dengan hasrat Pengurusan UTM bagi memastikan warga UTM sentiasa mengamal serta membudayakan aktiviti Gaya Hidup Sihat secara holistik, Program Gaya Hidup Sihat Peringkat CICT anjuran Badan Kebajikan CICT telah diadakan pada 19 November 2017, (Ahad), bermula jam 7.45 pagi.  Program tersebut telah diadakan di Tasik UTM.  Aktiviti regangan diketuai oleh En Abd Haris bin Ismail.

Laluan aktiviti walkton adalah di sepanjang Tasik UTM dan kawasan kediaman Dato Naib Canselor kemudian kembali semula ke tempat berkumpul iaitu di Tasik UTM.    CICT Fun Walk berakhir jam 9.30 pagi dengan jayanya dan staf memulakan tugas seperti biasa.

Semoga usaha membudayakan Gaya Hidup Sihat ini dapat diteruskan oleh warga CICT dimasa-masa mendatang.

Kehadiran staf dalam program ini dikira sebagai jam kredit kursus di dalam UTMSmile.

 

SESI ENGAGEMENT DAN LAWATAN YBHG. DATUK NAIB CANSELOR KE CICT UTM JB

SESI ENGAGEMENT DAN LAWATAN YBHG. DATUK NAIB CANSELOR KE CICT UTM JB
Pada 26 November 2017 (Ahad), YBhg. Datuk Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar telah berbesar hati untuk mengadakan lawatan dan sesi engagement bersama pengurusan CICT UTM Johor Bahru.   Kunjungan lawatan ini turut disertai oleh Pro Naib Canselor UTM (Strategi), Prof. Dr. Shahrin bin Mohammad.

Kunjungan YBhg. Datuk Naib Canselor bermula pada jam 9.00 pagi dimulai dengan sesi bergambar di  CICT Gallerium sebelum sesi engagement bersama pihak Pengurusan CICT di Bilik Mesyuarat Utama, CICT UTM Johor Bahru (melalui VC ke CICT UTM KL di Bilik Mesyuarat CICT UTM KL).  Sesi taklimat mengenai perkembangan dan perancangan CICT telah disampaikan oleh Pengarah CICT di samping sesi perbincangan mengenai hala tuju Universiti selanjutnya dalam ICT.

Selanjutnya YBhg. Datuk Naib Canselor mengadakan lawatan ke sekitar CICT iaitu UTM Data Centre, CICT War Room dan CICT Lounge CICT.   Beliau merakamkan rasa berbangga dan berpuashati dengan usaha pencapaian dan perkembangan pengurusan CICT seiring dengan hala tuju Universiti

 

CICT CAREs Day 2017 Disambut Meriah

CICT CARES DAY 2017

 Pusat Teknologi Maklumat    dan Komuninasi (CICT), UTM Johor Bahru telah menganjurkan CICT CARES DAY 2017 pada 22 – 23 November 2017.  Inisiatif program ini adalah lanjutan dari program bersama pelanggan CICT OPEN DAY yang dianjurkan setiap tahun.

Penganjuran CICT CAREs Day ini turut disertai oleh Pusat Kesihatan Universiti UTM (PKU) bersama pihak Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru dalam menjayakan kempen pemeriksaan kesihatan dan derma darah di peringkat UTM.

Selain itu, pelbagai aktiviti telah diadakan yang turut disertai oleh kalangan warga UTM yang prihatin.  Aktiviti yang telah diadakan adalah seperti berikut :

1.        Installasi percuma perisian Anti Virus.
2.        Kajian maklum balas pelanggan CICT melalui Customer Satisfaction Index 2017 (CSI).
3.        Penyelesaian masalah pelanggan bersama CICT CRM.
4.        CICT Food For Free (Siri 2/2017) bermula jam 11 pagi.
5.        CICT Free Market.
6.        Pemeriksaan Kesihatan dan  Kempen Derma Darah.
7.        Ceramah ICT (Industrial Revolution 4.0  dan Internet of Things).

 

PROGRAM CICT FOOD FOR FREE (3F) SIRI 2/2017

PROGRAM CICT FOOD FOR FREE (3F) SIRI 2/2017 SEMPENA CICT CARES DAY 2017

Dimaklumkan bahawa seiring dengan penganjuran program CICT CARES DAY 2017 pada 22 – 23 November 2017 maka pihak CICT telah mengambil inisiatif untuk meneruskan usaha murni mengadakan program CICT Food For Free (3F) Siri 2/2017.  Program ini dilaksanakan bagi memberi sumbangan dalam bentuk makanan kepada kalangan pelajar UTM.  Selain itu, pelajar UTM juga berpeluang menerima pelbagai bentuk sumbangan barangan terpakai seperti pakaian, peralatan rumah dan sebagainya di kaunter CICT Free Market sebagai salah satu aktiviti dalam program berkenaan.

Semoga usaha murni ini berterusan dalam kalangan warga CICT dan jutaan terima kasih diberikan kepada penyumbang yang bersama menjayakan program tersebut.