+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page
Menu

Director's Message

ali selamat 292x406

Prof. Dr. Ali Selamat

assalamualaikum-warahmatullahi

Selamat Datang  ke Laman Web Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya telah diberi peluang dan ruang untuk meneruskan perkhidmatan saya sebagai salah seorang penjawat awam di Universiti Teknologi Malaysia(UTM) sebagai Pengarah CICT.

CICT ini ditubuhkan bagi memberi perkhidmatan bukan sahaja kepada staff malah kepada pelajar-pelajar UTM juga. Diharap semua pihak berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak CICT serta dapat meneruskan penggunaan perkhidmatan yang disediakan CICT.

Melalui laman web ini, anda berpeluang mendapatkan gambaran ringkas berhubung dengan perkhidmatan serta kemudahan fasiliti yang di sediakan. Kemudahan ini merangkumi pelbagai perkhidmatan merangkumi pelbagai bidang.

Adalah juga menjadi harapan saya agar laman web CICT ini bermanfaat kepada semua, terutamanya kepada staf-staf dan pelajar-pelajar di Universiti Teknologi Malaysia yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai CICT.

Sekian, terima kasih.

Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi