+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

Lawatan Program ‘Summer Camp’ ke CICT

 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah menerima kunjungan delegasi daripada Lembah Dempo Pagar Alam, Sumatera, Indonesia yang telah mengadakan program ‘Summer Camp’ bersama Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan, UTM yang berlangsung pada 25 Ogos 2018 hingga 1 September 2018.

 

Seramai 9 pelajar bersama seorang pengiring dari Lembah Dempo Pagar Alam, Sumatera, Indonesia telah melawat ke CICT UTM pada 29 Ogos bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.   Kunjungan ini adalah bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan ICT kad pelajar  serta peranan CICT di UTM.

 

Delegasi tersebut telah dibawa melawat Gallerium CICT dan  SMAL (Student Multimedia and Content Authoring Production Lab), CICT.  Mereka telah diberi taklimat ringkas mengenai fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh pihak CICT dan taklimat telah disampaikan oleh Encik Helmee bin Yaacob, Pegawai Teknologi Maklumat, CICT.