+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan produk Microsoft yang dilanggan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah tamat tempoh langganan pada 31 Julai 2018. Pada masa ini, pihak CICT masih menunggu pembaharuan langganan produk dilakukan oleh pihak KPM.

 Oleh itu, perkhidmatan Microsoft Office 365 dan emel Live akan terganggu/tergendala disebabkan berstatus “Expired” bermula daripada 1 Ogos 2018 sehingga 31 Ogos 2018. Selepas 1 September 2018, perkhidmatan ini akan berstatus “Disabled” disebabkan masalah “none compliance” dimana semua data akan terpadam (deleted). Sila rujuk rajah status di bawah.

Semua pengguna UTM adalah dinasihatkan membuat proses “back up” bagi data-data yang di simpan terutama pada One Drive Microsoft (Cloud Storage). Proses “Backup” data hendaklah dibuat dalam tempoh “Expired” bagi mengelakkan dari berlaku masalah kehilangan data dan dapat memuat naik kembali data ke atas talian apabila langganan perkhidmatan ini disambung semula.

Diharapkan semua pengguna dapat mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tiada masalah kehilangan data selepas dari tempoh yang dimaklumkan.

Harap maklum. Terima kasih.