+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

SIRI WACANA ILMU CICT 2018 (PERISYTIHARAN HARTA SISTEM HRFin)

 

Siri Wacana Ilmu bertajuk ‘Perisytiharan Harta Sistem HRFin’ telah diadakan pada 8 Ogos, 2018 (Rabu) dan disampaikan oleh Tuan Hj. Roslai bin Paimin, Pegawai Teknologi Maklumat (F52) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 2 CICT.  Program bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang dan dihadiri oleh warga CICT dan PTJ.  Cik Nurul Jannah bt Mahmud adalah penceramah Siri Wacana Ilmu kali dan dibantu oleh Encik Abdul Rahman bin Hamzah.

 

Wacana Ilmu CICT 2018 adalah program anjuran Pusat Teknologi Maklumat (CICT) secara bersiri.  Program ini adalah bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk dimanfaatkan selain membantu menambahbaik ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.

 

Warga CICT yang menghadiri program Wacana ini akan diberi mata CPD.