+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

TAHNIAH CICT – Memenangi Anugerah Kualiti Perkhidmatan Kategori PTJ (PENGHARGAAN) Bagi Tahun 2017

 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah dianugerahkan Penghargaan dalam Anugerah Kualiti Perkhidmatan Kategori PTJ Bagi Tahun 2017.  CICT telah terpilih sebagai Finalis Top Three bersama Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan Pejabat Bendahari.  Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Haji Ismail bin Karim, Ahli Lembaga Pengarah, UTM, semasa Majlis Citra Karisma UTM 2017 pada 10 Julai 2017.  Pengarah CICT, Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan Bin Othman, Dr. Mohd. Murtadha Bin Mohamad dan Puan Siti Faridah Bte Shikh A Rahman mewakili CICT untuk menerima sijil anugerah tersebut.

 

Tahniah sekali lagi kepada seluruh warga CICT di atas kerjasama yang telah diberikan.