+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

AKTIVITI MENGACAU DODOL CICT

 

Terima kasih kepada semua warga CICT UTM Johor Bahru kerana telah sama-sama menjayakan program anjuran Badan Kebajikan CICT dan aktiviti mengacau dodol ini adalah aktiviti mengacau dodol yang pertama diadakan di CICT.

 

Aktiviti mengacau dodol telah diadakan pada 10/6/2018 (Ahad) bertempat di Aras 3, Bangunan CICT.  Aktiviti ini telah melibatkan secara keseluruhan warga CICT dan dilakukan secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah disenaraikan.

 

Aktiviti mengacau dodol ini bermula dari jam 7.30 pagi sehingga jam 2.30 petang.   Dayungan semakin mencabar selepas jam 11.30 pagi.  Dodol telah selesai diagih-agihkan kepada semua warga CICT, UTM Johor Bahru pada jam 2.30 petang iaitu seramai 130 orang termasuk pelajar praktikal.