+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA CICT

CICT telah mengadakan program ‘Gotong Royong Perdana CICT’ pada 26 April 2018, jam 8.30 – 10.30 pagi mengikut lokasi zon/aras yg ditetapkan kepada setiap bahagian.  Program anjuran UTM ini bertujuan untuk bersama-sama menjayakan usaha Gotong Royong Perdana bagi menyambut kehadiran para tetamu ke Universiti sempena Majlis Konvokesyen ke 60 (28-29 April 2018) sebagaimana yang dihasratkan oleh Pengurusan CICT & Universiti.

Semua staf dan pelajar praktikal CICT telah bersama-sama menyertai program ini dan kehadiran staf CICT, UTM dalam program ini dikira sebagai kredit mata CPD dan direkodkan ke dalam UTMSmile.