+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

Sebagai satu insiatif menyokong penggunaan perisian berlesen (sah), pihak CICT telah menyediakan kemudahan Perisian Adobe Creative Cloud . Adobe Creative Cloud adalah satu set aplikasi dan perkhidmatan dari Adobe Systems yang memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat capaian kepada koleksi perisian yang digunakan untuk merekabentuk grafik, penyuntingan video, pembangunan web, fotografi, serta satu set aplikasi mudah alih (mobile) dan juga beberapa pilihan perkhidmatan awan (Cloud Services). Perisian dari Cloud Creative boleh dimuat turun dari Internet, dipasang terus pada komputer dan digunakan selagi tempoh langganan masih sah.

Memandangkan masih terdapat lebihan bilangan lesen yang diperuntukan oleh KPT, pihak CICT membuka kembali permohonan bagi staf yang masih belum memohon. Atas faktor itu permohonan dibuka kepada semua staf UTM sehingga had kuota yang diperuntukkan. Kelulusan pengaktifan adalah secara “First Come First Serve.”

Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi maklumat di Permohonan Perisian Adobe Creative Cloud atau dengan menghantar email ​ kepada software@utm.my permohonan dengan menyertakan maklumat berikut :-

1. No. Staf
2. Nama Penuh
3. Email Rasmi UTM sahaja
4. Gred Jawatan & Deskripsi Nama Jawatan
5. Kod PTJ

* Permohonan ini hanya terbuka kepada staf yang masih belum memohon perisian Adobe.

Sila ikuti panduan ringkas yang disediakan dalam infografik di bawah untuk membuat proses permohonan dan pengaktifan lesen perisian Adobe.



​​Atas segala kerjasama didahului dengan ribuan terima kasih.

Software and Application Support,
Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM),
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT),
Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru

HUBUNGI KAMI
Sistem Aduan : http://aduan.cict.utm.my | Emel : software@utm.my | No telefon : 07-5532136/ 31976/ 31977/ 019-7786131