+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

LAWATAN PEJABAT PENDAFTAR KE CICT SEMPENA PROGRAM ORIENTASI & SOSIALISASI UTM SIRI 3/2018

 

Sekali lagi pihak Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTM Johor Bahru telah menerima sesi lawatan daripada Seksyen Pembangunan Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar.  Lawatan bagi Program Orientasi & Sosialisasi UTM Siri 3/2018 tersebut pada 28 Mac 2018 bermula jam 2.45 petang.

 

Delegasi seramai 20 orang Staf Kumpulan Akademik dan Pelaksana yang baru dilantik  di UTM ini telah diberi taklimat ringkas mengenai fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh Pihak CICT.   Delegasi tersebut telah dibawa melawat Galerium CICT dan taklimat telah disampaikan oleh Encik Zahari bin Zainal Abidin, Pegawai Teknologi Maklumat, CICT.