+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

LAWATAN PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENGURUSAN DAN FAKULTI KOMPUTERAN

 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah menerima 2 kali lawatan daripada pelajar-pelajar tahun satu Fakulti Pengurusan dan Fakulti Komputeran iaitu pada 13 Mac 2018 dan 14 Mac 2018.  Lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (T&L) di bawah pendekatan NALI (New Academia Learning  Innovation).

 

CICT UTM telah terpilih sebagai salah satu organisasi yang harus dilawati oleh para pelajar berikutan peranan penting yang dimainkan oleh pihak CICT kepada UTM dan pencapaian memberansangkan yang telah dicapai oleh CICT sehingga hari ini.  Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Samsudin bin Nyat, Timbalan Pengarah, Pengurusan Strategik bertempat di Dewan Seminar dan Encik Mohd Zahari bin Zainal Abidin.

 

Pelajar telah dibawa melawat ke Dewan Komputer Pelajar (PPICTP), Student Multimedia and Content Authoring Production Lab (S.M.A.L) dan Galerium CICT.

 

Sebagai kenangan, sesi bergambar dirakamkan di Galerium CICT.

 

Sesi 1 : 13 Mac 2018

 

 

Sesi 2 : 14 Mac 2018

Jurufoto : Mohd Safudin Nordin