+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my

Taklimat Kelangsungan CICT Bersama Pengarah CICT

CICT telah mengadakan majlis taklimat Kelangsungan CICT bersama Pengarah CICT yang telah diadakan pada 11 Februari 2018.  Majlis bermula pada jam 12.00 tengahari bertempat di Dewan Seminar, Aras 4, UTM Johor Bahru yang juga dihadiri oleh Mantan Pengarah CICT, Prof. Dr. Ali bin Selamat dan Pengarah CICT yang baru, Prof. Madya Dr. Shahizan bin Othman.

Ucapan ringkas oleh YBhg. Pengarah CICT dan diikuti Slot Penghargaan Khas Mantan Pengarah CICT.  Pihak CICT UTMJB dan CICT UTMKL mengucapkan tahniah di atas perlantikan Prof. Dr. Ali bin Selamat sebagai Dekan MJJIT dan ucapan jutaan terimakasih diatas segala khidmat jasa bakti dalam kecemerlangan CICT semasa mengetuinya selama 3 tahun.  Semoga Prof. Dr. Ali bin Selamat terus berjaya meneruskan visi dan misi UTM di tempat baru.