+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

PERTUKARAN STAF DAN STAF MELAPOR DIRI

Adalah dimaklumkan bahawa, seorang staf CICT Encik Mohd Jamalulail bin Hanafi, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 telah ditukarkan ke Pusat Kursus Ko-Kurikulum & Pembelajaran Servis (CCSL), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bermula pada 01 Februari 2018.  Encik Mohd Jamalulail bin Hanafi telah bertugas selama 12 tahun di CICT.

Pihak CICT mengucapkan Selamat Maju Jaya dan selamat bertugas di tempat baru kepada Encik Mohd Jamalulail.

Encik Mohd Jamalulail bin Hanafi

Sehubungan dengan itu, pihak CICT juga telah menerima kehadiran Encik Ahmad Fauzan bin Esa, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 mulai 01 Februari 2018.   Encik Ahmad Fauzan bin Esa telah menggantikan tempat Encik Mohd Jamalulail bin Hanafi.

Sukacita dimaklumkan juga bahawa pada 24 Januari 2018, pihak CICT telah menerima kehadiran Puan Sabrena binti Omar yang berjawatan sebagai Penolong Pendaftar Kanan – Gred N44 (Tetap) bagi menggantikan Encik Aminuddin bin Ahmad.

Pihak CICT mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Encik Ahmad Fauzan bin Esa dan Puan Sabrena binti Omar.   Semoga dengan kehadiran mereka akan dapat memberi sumbangan yang cemerlang dan bersama-sama meningkatkan prestasi dan nama baik CICT khususnya dan UTM.

Encik Ahmad Fauzan bin Esa

 

Puan Sabrena binti Omar