+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

Majlis Sambutan MaulidurRasul Peringkat CICT 1439H/2018

 

Badan Kebajikan CICT (BKCICT) telah menganjurkan Majlis Sambutan MaulidurRasul peringkat CICT 1439H/2018 pada 8 Februari 2018 bertempat di Dewan Seminar, Aras 4, CICT.  Program bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari.  Bermacam-macam acara telah diadakan sempena majlis tersebut.
Majlis dimulai dan dimeriahkan oleh paluan pasukan kompang CICT yang diketuai oleh Encik Mohd Tarikat bin Abd Karim dengan diiringi bacaan Selawat Nabi s.a.w.   Bacaan doa dan tahlil diketuai oleh En Wan Mat bin Wan Sulaiman.

Penceramah jemputan, Y. Bhg. Ustaz Khairul Fahmi bin Mohamad Anuar telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’ dan diikuti acara Majlis Perpisahan Encik Jamalulail b. Hanafi dan sambutan hari kelahiran staf bagi bulan Januari dan Februari 2018.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan berdulang ‘Nasi Ambang’.