+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

Dimaklumkan bahawa Program Wacana Ilmu ICT Siri 5/2017 akan diadakan pada hari Khamis, 16 November 2017 seperti perincian berikut :

Tajuk: Siri Wacana Ilmu ICT 5/2017
Tarikh: 16 November, 2017 (Khamis)
Masa: 10:00 pagi – 11:30 tengahari
Tempat: Dewan Seminar Aras 4 CICT / Bilik Mesyuarat CICT KL (Video Conferencing)

Penceramah 1: En Nik Kamal Izuddin – “Introduction to Internet of Things (IoT) Using Arduino”
Penceramah 2: Puan Siti Faridah Sheikh Abd Rahman – “Big Five CICT Personalities”

Wacana Ilmu ICT Siri 5/2017

Program ini menggalakkan warga CICT untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk dimanfaatkan selain membantu menambahbaik ke arah penyampaian perkhidmatan ICT cemerlang. Perkongsian boleh disampaikan dari pelbagai bentuk sama ada perkongsian pengalaman, peningkatan ilmu atau apa sahaja sumber ilmu yang dapat menyumbang kepada peningkatan perkhimatan ICT atau ke arah penyelesaian masalah yang efektif.

Objektif Program Wacana Ilmu ICT adalah :

1. Membudayakan organisasi pembelajaran berterusan dan meningkatkan pengetahuan organisasi
2. Menggalakkan warga organisasi, meningkatkan kemahiran individu dan pengetahuan melalui perkongsian pengetahuan dan pengalaman
3. Menyumbangkan nilai tambah (value added) kepada penyampaian perkhidmatan ICT

Semoga semua warga CICT dapat mengambil peluang ini dalam usaha mempertingkat kompetensi dan seterusnya menyampaikan perkhidmatan cemerlang.