+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

SESI PEMBENTANGAN PENCAPAIAN SUKU KETIGA 2017 CICT (JANUARI HINGGA SEPTEMBER 2017) PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DI DEWAN SEMINAR CICT (ARAS 4), CICT UTM JB & BILIK MESYUARAT, CICT UTM KL (VC) PADA 2 OKTOBER 2017

Satu sesi pembentangan Pencapaian Suku Ketiga Tahun 2017 CICT (Januari hingga September 2017) telah diadakan pada 2 Oktober 2017 bertempat di Dewan Seminar CICT (Aras 4), CICT UTM JB & Bilik Mesyuarat, CICT UTM KL (VC).  Pembentangan ini dibuat bagi melihat pencapaian CICT dalam sepanjang suku ketiga 2017 berpandukan kepada balanced scorecard (BSC) penetapan KAI bahagian/unit dalam CICT Strategic Map 2017.

Taklimat Pembentangan Pelan Perancangan CICT 2017 telah disampaikan oleh Tuan Haji Samsudin Nyat dari Bahagian Pengurusan Strategik (SM) dan diikuti oleh Puan Rohana Ismail dari Bahagian Pengurusan Pembangunan Aplikasi (ADM), Puan Zaiton Salimon dari Bahagian Pengurusan Infrastruktur & Operasi dan diikuti Puan Siti Faridah binti Shikh A.Rahman dari Unit Kualiti dan Penjenamaan Korporat (UKPK).  Program dilanjutkan bagi sesi pembentangan oleh Puan Siti Mariyam binti Mamat dari Unit Business Development Office (BDO), Encik Aminuddin bin Ahmad dari Bahagian Pengurusan Korporat (BPK) dan diakhiri oleh Encik Nik Kamal Izuddin bin Nik Ibrahim dari CICT UTM Kuala Lumpur.

Rumusan pembentangan pencapaian suku ketiga CICT 2017 telah dibuat oleh Pengarah CICT bagi sesi penutup dan berharap agar CICT dapat mencapai sasaran KAI 2017 sebagaimaan yang telah ditetapkan oleh Universiti dengan komitmen padu daripada kesemua warga CICT.