+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

Bahagian Pengurusan Korporat CICT telah mengambil inisiatif menganjurkan Program ZumFit@CICT Siri 1/2017 sebagai wadah memastikan kesihatan yang berterusan dalam kalangan warga CICT.  Program secara bersiri ini telah diadakan bermula pada  7 Ogos 2017 (Isnin) bagi Siri 1/2017 dan akan berterusan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Program ini telah berlangsung di CICT Lounge @ CICT UTM Johor Bahru bermula pada jam 5.15 petang hingga6.00 petang dan terhad maksimum untuk 15 orang peserta terawal yang berdaftar sahaja.  Semoga PROGRAM ZumFit @ CICT akan terus berjaya dalam siri selanjutnya.