+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

Delegasi Yayasan Pahang telah mengadakan lawatan kerja ke CICT UTM Johor Bahru pada 16 Oktober 2017 (Isnin).  Lawatan singkat tersebut diadakan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), UTM Johor Bahru.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sistem-sistem yang dibangunkan dan mengadakan sesi perbincangan mengenai peluang-peluang untuk mengadakan kerjasama dalam bidang ICT bersama UTM khususnya CICT.  Lawatan telah disambut oleh pihak Unit BDO CICT dengan memberi taklimat Pengenalan dan Bisnes CICT oleh Ketua Unit BDO CICT dan taklimat sistem yang telah dibangunkan oleh UTM seperti sistem KAI UTM,  Job on Campus (JoC) dan UTM Crowdfunding.