+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

DELEGASI LAWATAN PELAJAR TAHUN SATU DAN PENSYARAH FAKULTI KOMPUTERAN KE CICT UTM JB (SEPTEMBER DAN OKTOBER 2017)

Pihak Fakulti Komputeran bersama pelajar tahun satu (kursus Teknologi dan Sistem Maklumat – SCSP1513) telah mengadakan dua sesi lawatan ke CICT UTM JB pada 27 September 2017 (Rabu) seramai 123 orang (Sesi 1) dan 4 Oktober 2017 (Rabu) seramai 147 orang (Sesi 2).  Delegasi lawatan turut disertai oleh pensyarah iaitu Dr Suraya bte Miskon dan Dr. Nazmona Mat Ali dan Dr. Chan Weng Howe pada 27 September pada lawatan Sesi 1.   Manakala lawatan Sesi 2 diketuai oleh Pn. Nor Hawaniah Zakaria, Dr Normal  bte Mat Jusoh dan Dr Noorminshah  bte A. Lahad.

Lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti pengajaran dan pengajaran (T&L) di bawah pendekatan NALI (New Academia Learning  Innovation).  Justeru itu, CICT UTM dipilih sebagai salah satu organisasi yang harus dilawati oleh para pelajar berikutan peranan penting yang dimainkan oleh CICT kepada UTM dan pencapaian memberansangkan yang telah dicapai oleh CICT sehingga kini.

Lawatan dimulai dengan sesi taklimat Pengenalan CICT dan Kemudahan ICT Pelajar oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Strategik (Sesi 1) dan Ketua Unit Kualiti dan Penjenamaan Korporat (UKPK)(Sesi 2) sebelum delegasi dibawa melawat kemudahan pelajar di CICT UTM Johor Bahru iaitu  Bilik Pusat Perkhidmatan ICT Pelajar (PPICTP) dan CICT Galerium.