+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

Bahagian Kualiti, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) UTM Johor Bahru telah menganjurkan satu taklimat di dalam Program Kesedaran Persekitaran Berkualiti Amalan 5S / QE dengan kerjasama MPC Wilayah Selatan.

Taklimat tersebut telah diadakan pada 1 Mac 2017 (Rabu) jam 9.15 pagi sehingga 1.00 tengahari bertempat di Dewan Seminar CICT JB dan Bilik Mesyuarat CICT KL (melalui persidangan video).

Taklimat Kesedaran Persekitaran Berkualiti Amalan 5S / QE ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada staf CICT berkenaan dengan perlaksanaan persekitaran berkualiti amalan 5S bagi meningkatkan kualiti dan menambah keceriaan CICT. Ia juga selari dengan usaha pengurusan CICT untuk mempertingkat dan memperkemaskan lagi pengurusan kualiti di CICT.