+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

Pihak pengurusan CICT dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara telah mengambil inisiatif mengadakan Program ‘Bisnes Anda? Anda Bisnes?’ (Ke Arah Pemikiran Entrepreneurial) sebagai satu usaha memberi pendedahan kepada semua warga CICT dalam bisnes ke arah usaha penjanaan pendapatan CICT khususnya dan Universiti amnya.

Selain itu, program ini diadakan sebagai pengenalan bisnes dan keusahawanan kepada warga UTM  selaras dengan hala tuju Universiti untuk mengalak usaha penjanaan pendapatan bagi mencapai kewangan yang lestari.

Program ini telah berlangsung pada 27 Februari 2017 (Isnin) bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang, bertempat di Dewan Seminar CICT UTM Johor Bahru. Semua warga CICT telah mengambil peluang keemasan ini bagi menambah ilmu pengetahuan berkaitan bisnes.