+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

Tahniah kepada empat orang staf CICT yang telah menerima kenaikan pangkat daripada pihak Universiti. En. Wan Mat bin Wan Sulaiman telah dinaikkan pangkat ke Gred FA38 berkuatkuasa pada 21 Februari 2017. Manakala, En. Mohd Jamhari bin Mohd Rafiee, Pn. Fazilah bt Senan dan Pn Siti Hajar bt Mohd Noh telah dinaikkan pangkat ke Gred FA32.

Disamping itu, pihak pengurusan CICT mengalu-alukan kedatangan warga baru CICT daripada Perpustakaan Sultanah Zanairah (UTM Library) iaitu En. Jamaluddin bin Abd Malek, Juruteknik Komputer Kanan KUP (FT22) ke Bahagian Pengurusan Infrastruktur dan Operasi (IOM) berkuatkuasa pada 16 April 2017 bagi menggantikan En. Nazeri bin Sarip, Juruteknik Komputer (FT26).

Encik Nazeri bin Sarip telah ditempatkan ke Perpustakaan Sultanah Zanariah berkuatkuasa mulai 02 April 2017 melalui Program Pertukaran Staf Skim F (Teknologi Maklumat) bagi Pelaksanaan Pemusatan Skim di Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) Fasa 1.

Program ini adalah sebagai satu usaha merealisasikan inisiatif pertukaran staf bagi pelaksanaan Program Pemusatan Skim F (Teknologi Maklumat) sebagaimana yang dihasratkan oleh pihak Universiti pada Julai 2016 yang lalu.

Sehubungan dengan itu, semua staf diharap dapat memberikan kerjasama kepada beliau untuk sama-sama meningkatkan prestasi dan nama baik CICT khususnya dan UTM.

Semoga mendapat kerjasama sebaiknya untuk memberi perkongsian ilmu pengetahuan / kemahiran daripada semua kepada warga baru CICT berkaitan dan semoga terus cemerlang kepada yang menerima kenaikan pangkat daripada pihak Universiti.

 

 

Sumber :

Bahagian Korporat