+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

PROGRAM CICT ‘FOOD FOR FREE’ (CICT 3F) 2017 (SIRI 1)

Pengurusan CICT melalui Unit Kualiti, Unit Kompetensi dan Penjenamaan Korporat serta Unit Business Development Office (BDO) dengan kerjasama Badan Kebajikan Staf CICT telah melaksanakan program CICT Food for Free (CICT 3F)  2017 Siri 1 melalui pemberian set makanan dan minuman secara percuma kepada kalangan pelajar di UTM Johor Bahru.

Program ini telah diadakan pada 22 Mei 2017 bertempat di Foyer Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) bermula jam 12.30 tengah hari sehingga selesai.  Sebanyak 500 set makanan dan minuman percuma telah diedarkan kepada pelajar termasuk seramai 58 orang pelajar yang dikenalpasti di dalam kelompok B40 oleh Universiti.  Penyampaian set makanan dan minuman telah diedarkan oleh Pengarah CICT.

Inisiatif strategik ini merupakan satu Program Tanggungjawab Korporat Sosial (Corporate Social Responsibility) oleh CICT.  Program ini akan dilanjutkan pada siri selanjutnya oleh pihak CICT.