+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), UTM Johor Bahru dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program ‘Anda Bisnes? Bisnes Anda?’ (Ke Arah Pemikiran Entrepreneurial). Program ini diadakan sebagai pengenalan bisnes dan keusahawanan kepada warga UTM selaras dengan hala tuju Universiti untuk mengalak usaha penjanaan pendapatan bagi mencapai kewangan yang lestari.

Ke Arah Pemikiran Entrepreneurial - Bersama Menjana Pendapatan

 

 

 

 

Sehubungan itu, warga UTM dijemput hadir bagi menyertai kursus ini dengan butiran dan pengisian seperti berikut :-

Tarikh : 27 Februari 2017 (Isnin)
Tempat : Dewan Seminar (Aras 4), CICTjadual-pemikiran-entrepreneurial

 

 

 

 

Bagi yang berminat ingin menyertai kursus ini, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak * RM35.00 / seorang (termasuk kos makan dan sijil penyertaan).

* Peserta boleh membuat pembayaran melalui kaedah berikut :-

1. Bayaran menggunakan cek di atas nama ‘Bendahari UTM’.
2. Bayaran secara online melalui akaun CIMB no. 8006053536.
3. Bayaran melalui pemindahan vot A.J070000.6100.08469 (penyertaan dari PTJ UTM)
4. Bagi peserta yang ‘walk-in’ bayaran tunai juga dibenarkan (resit akan dikemukakan di kaunter yang disediakan sebagai bukti pembayaran)

Maklumat penyertaan (nama / nombor pekerja / no. telefon bimbit dan emel) perlu diemelkan kepada pihak Urus Setia CICT (cict-bpk@utm.my) atau hubungi talian 07-5532306 / 32076 pada atau sebelum 21 Februari 2017 (Selasa) bagi tujuan persiapan keperluan berkaitan.

 

Sumber :

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT)
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru, Johor