+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

Pada 29 September 2016 adalah tarikh Cik Nurul Syazana binti Selamat bertugas di CICT.  Beliau akan menyambung pelajarannya di peringkat master di Fakulti Komputeran.  Sehubungan dengan itu, satu majlis perpisaahan dan slide terakhir bagi meraikan staf telah diadakan di Pejabat Am CICT.

Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Encik Aminuddin bin Ahmad dan diikuti dengan ucapan pembukaan oleh Timbalan Pengarah CICT, Tuan Haji Samsudin bin Nyat.  Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Cik Nurul Syazana yang berkongsi pengalaman pahit & manis beliau sepanjang berkhidmat di CICT.  Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada Cik Nurul Syazana yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Samsudin dan sesi bergambar. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan serta mengambil gambar sebagai kenangan.