+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

Lawatan UMS ke CICTCICT UTM JB, 13 Oktober 2016 – Seramai 10 orang staf daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), UTM Johor Bahru pada Selasa, 11 Oktober 2016. Fokus utama lawatan adalah berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan sistem (proses dan standard yang digunakan bermula daripada permohonan sistem, pembangunan sehingga selesai) dan keselamatan ICT.

Tentatif lawatan pada sesi pagi dimulakan dengan taklimat pengenalan dan servis CICT, yang disampaikan oleh Pengarah CICT iaitu Prof. Dr. Ali bin Selamat. Taklimat seterusnya adalah berkaitan dengan pengurusan sistem yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Pembangunan Sistem, PM. Dr. Shahizan bin Othman serta taklimat keselamatan ICT oleh Ketua Bahagian Pengurusan Operasi & Infrastruktur iaitu Dr Syed Norris Hikmi bin Syed Abdullah. Selesai taklimat, semua delegasi dibawa melawat ke Galerium CICT, Unit Pusat Data serta ruang kerja Pembangunan Sistem.

Sesi petang diteruskan dengan lawatan ke landmark UTM iaitu Tasik UTM, Balai Cerap, Kawasan segitiga Masjid Sultan Ismail – Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI) – Dewan Sultan Iskandar (DSI) dan kluster baru UTM. Sebelum itu, delegasi daripada Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan lawatan ke UTHM pada 10 Oktober 2016 dengan diiringi oleh lima orang staf CICT iaitu Puan Diniha, Encik Zainuddin, Encik Mohd Zahari, Encik Mohd Saifudin dan Encik Mohd Farhan.

Lawatan UMS ke CICT Lawatan UMS ke CICT