+6 07 55 32136 / 32626 || +6 03 2615 4440 cict@utm.my
Select Page

CICT memperolehi 4 pingat iaitu 2 Perak dan 2 Gangsa pada Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2016 yang diadakan pada 6 hingga 13 Ogos 2016 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. Pingat yang dimenangi oleh staf CICT pada SUKUM 2016 kali ini melibatkan pertandingan catur dan olahraga.

PM Dr Shahizan b Othman dan En Nazeri b Sarip masing-masing membawa 1 Perak di dalam pertandingan catur. Manakala Pn Rohayah bt Dahar memperolehi 1 Gangsa di dalam acara olahraga Lempar Cakera bagi kategori Veteran dan Pn Ruziah Abd Rahman memenangi 1 Gangsa bagi acara olahraga 4 x 100 meter kategori Senior.

Disamping itu, En Abdul Haris b Ismail memperolehi tempat ke-4 bagi pertandingan Bowling, En Azril b Tajudin mendapat tempat ke-4 bagi acara olahraga 4 x 100 meter kategori Senior dan En Syed Rahazuan b Syed Deraman menduduki tempat ke-5 bagi acara olahraga Lempar Cakera kategori Senior.

Slide : Pencapaian Staf CICT di Kejohanan SUKUM 2016